BIOGRAFI SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4
telah mula beroperasi sepenuhnya pada sesi persekolahan tahun 2002.Sekolah ini
telah ditadbir oleh Puan Pengetua, Pn. Noraini Binti Haji Ali yang turut
dibantu oleh Penolong Kanan 1, Pn. Zanariah Abu Bakar yang kini diganti oleh
Pn. Siti Rogayah Binti Yahya, manakala penolong Kanan HEM, Pn. Yun Binti Saleh diganti
pula oleh Pn. Norhan Binti Abu Bakar dan ditambah dengan Penolong Kanan
Kokurikulum, Pn. Daisy Foo Lee Heng.
Pada awal pembukaannya, sekolah ini
telah menerima lebih kurang 300 orang pelajar
dan kini jumlahnya telah mencecah lebih daripada angka 1861. Pada awalnya
hanya terdapat 12 buah kelas, manakala, sekarang jumlahnya telah bertambah
menjadi 48 buah kelas. Jumlah ini
merangkumi semua tingkatan iaitu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Pada asalnya, sekolah ini mempunyai
28 orang kakitangan yang terdiri
daripada guru dan juga pentadbir. Kini, sekolah ini mempunyai 98 orang guru dan
pentadbir sekolah . Bilangan kakitangan
bukan guru adalah seramai 11 orang.
Terdapat banyak perubahan–perubahan
yang berlaku di sekolah ini yang sudahpun beroperasi selama 12 tahun. Warga SMK
Seksyen 4 Bandar Kinrara berharapan besar untuk melestarikan sistem pendidikan
yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi
negara. Marilah kita melahirkan pelajar yang cemerlang dengan slogan sekolah
kita:
‘Pelajar Cemerlang,
Sekolah Gemilang’
Comments
Post a Comment